Kenapa 2012??

Assalamualaikum.

Lama rasanya saya tak menulis blog. Kadang-kadang rasa malas, dan tak tahu apa isu yang patut saya tulis. Tetapi semenjak dua minggu ni, saya rasa pelik, kenapa ramai yang jenguk blog saya. sedangkan tak de benda pun yang saya tulis.

Tapi bila saya cek balik pada feedjit traffic. baru saya tahu. Ramai yang datang sebab artikel saya pasal kiamat 2012. Bukan nak kata artikel tu bagus sangat, tapi mungkin dah keyword nya macam tu.

Saya pelik. Ramai jugak yang berminat nak tahu pasal 2012. Apa yang saya tahu 2012 tu cerita filem bulan November ni.

Tapi ada apa dengan tahun ini??

Selepas saya meneliti bahan-bahan dan artikel lain berkenaan dengan 2012, baru saya sedar ada kesilapan dalam pentafsiran saya terhadap artikel saya sebelum ini.

Mengikut kalendar kaum Maya, mereka telah membuat ramalan bahawa dunia akan menempuh satu era baru. tak tahu la era baru tu dunia yang dah kiamat ke apa. tapi kalau kaum yang pelik-pelik ni buat ramalan, tak tahu lah boleh diterima ke tak. Allahu a'alam.

Tetapi apa yang pastinya kemuculan filem tersebut banyak mengundang pertanyaan dan persoalaan, apa yang akan terjadi pada tahun 2012, bagi tahun yang sebenar, yakni lagi 3 tahun yang mendatang ini. adakah ada kiamat, ataupun langit terbelah dua. atau pun dunia ni pelingkup, ataupun tahun tu tahun perubahan bagi umat manusia. itu persoalannya.

Secara fakta kita tidak mampu meramal apa yang berlaku pada masa akan datang, melainkan dengan kepercayaan kita pada Allah dan Rasul tentang perkara tersebut.

Pernah satu hari saya pergi ke kedai potostat, maka datanglah seorang pakcik bertanya kepada cik kak yang jaga kedai tu. Fikir saya pakcik ni mungkin bapak saudara dia kot. Tapi apa dialog yang berlaku, pakcik tu tanya "bila kamu nak kahwin ni, lewat sangat dah. 2012 nanti dah nak kiamat dah.", kemudian cik kak tu pelik, "takkan la 2012....mana pakcik tahu ni...?"..ala, sekarang ni ada cakap-cakap kiamat tahun 2012 nanti..." jawap pakcik tu konfiden.

Saya terdiam. Inilah kesannya. Tak dapat banyak, dapat ambil sikit kepercayaan orang pun dah tak pe. Inilah yang saya katakan dogma dan doktrin barat. Ianya merata-rata. Satu kalimah dan satu dialog mampu menggoyah iman kita yang biasa-biasa ni. (maksud saya lemah iman).

Oleh sebab itu, 2012 bagi saya bagaikan tahun-tahun lain yang akan mendatang. Tiada yang istimewa mahupun keramat. Ianya istimewa apabila kita bertekad dan berazam melakukan sesuatu pada tahun itu. Tetapi kalau sekadar takuk yang lama, yang biasa. Tahun 2300 pun takde maknanya.

Oleh sebab tu. fikirkan..tahun yang mendatang ditunggu dengan azam dan perancangan...2012 telah dipilih...bukan 2013, 14, dan 15....anda faham maksud saya??....fikirkan mengapa....

Wassalam.


0 comments: