Babi = Khinzir ancaman kepada dunia.


Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal haiwan yang paling produktif, tapi banyak bawa maslalah. Iaitu B*bi.

Seawal Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming, tabib perubatan terkenal cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Ch’en telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi. Antaranya mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma.

Daripada kenyataan tabib terkenal cina ini dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita. Perlu kita ketahui lazimnya pengidap penyakit asma didahului atau bersama- sama dengan batuk dan selesema.

Dalam sejarah dunia, penyakit yang berpunca daripada babi seperti cacing, JI dan flu atau selsema telah bebeberapa kali menyerang umat manusia. Sebagai contoh, pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952.

Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Antaranya;

Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). ia merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilapurkon oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia, lebih membimbangkan lagi, menurut . Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.

besar ya amat. ni makan orang ke..


Mintak maaf la tunjuk gambar ni. Sekadar peringat.huhu


Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. . Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, menurut pandangan peribadi saya, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Selain daripada itu, Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyakit- penyakit tersebut ialah;

1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis
Pada tahun 1997, ahli-ahli sains menemui telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.
31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.
32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan. Seperti mana firmanNya di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173).



Dengan adanya artikel ini menjawab segala persoalan yang sering dilontarkan orang, kenapa Allah mengharamkan babi dimakan oleh umatnya

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sebanyak dinasti Tang dan Ming dan beberapa rentetan sejarah moden membuktikan ia membawa bencana kepada umat manusia, persoalannya kenapa masih diternak secara besar-besaran sebagai contoh di Perancis sahaja jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000 orang, bagaimana dengan jumlahnya di negara cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri. Jika tidak mendapat sambutan di pasaran bagaimana mereka boleh menternak babi, Persoalannya, bukankah 2 per 3 negara di dunia ini negara Islam ke manakah ia dipasarkan?

Perlu anda ketahui bahawa dalam ajaran Yahudi, babi adalah Taboo, pantang ataupun dilarang seperti mana agama Islam. Dan cuba renung- renung kembali pada penyakit-penyakit baru seperti H1N1, Ebola, SARS, Selesema burung (dari kajian punca virus di kandang yang pengusahanya menternak babi dan ayam) dan sebagainya, seingat saya ia tidak pernah menyerang Israel? Kenapa la agak-agaknya.

Wallahu'alam.

2 comments:

armouris said...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.