Kisah Benar : Lailatul Qadr...

"LAILATUL QADAR".....

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH
MEMERINTAH.

AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU
IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.

NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS
KENYANG BERSAHUR. AKU BONCENG DI BELAKANG.

KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA. GANJIL.

DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA
DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN
KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH. "LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?" TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH,"

SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.
KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN MELAWAN.

KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.





Moral of the Story:

Rajin2 lah balik ke kampung, dan masa balik ke kampung tu singgah-singgah la sama ke masjid or surau, sama2 berjemaah.


Masjid tempat kita imarahkan setiap hari, bukan sekadar datang untuk solat hari raya, haji je.


Semoga mendapat Keberkatan di bulan yang mulia ini..

Ramadhan Yang Terbaik, Dan Yang Terakhir Buat Diri




Ku mengira-ngira. Umur sudah panjang dan dewasa, usia pun makin berkurang. Tapi apakah pernah ku kecap Ramadhan yang terbaik buat diriku. Sedang umurku berjalan seiring masa, seiring hari yang bertambah. Biarlah ini Ramadhan yang terbaik buatku. Andai ianya bagai satu peluang yang takkan kunjung tiba lagi.

Ampuni dosa hamba ini Ya Allah. Amin....





Iklan Syarikat Cellcom Israel...bukan Celcom Malaysia



Askar-askar Israel i
tu akrab bermain dengan orang-orang palestin. Mereka tertawa dan wajah mereka menunjukkan kegembiraan satu sama lain. Israel yang terkenal dengan watak kejam dan jahat, boleh tersenyum dan gelak ketawa riang.

Sebaliknya orang Palestin itu dan anak-anaknya, tak terlihat takut sedikitpun seolah-olah mereka dengan ikhlas menerima kehadiran orang Israel Yahudi. Permainan bola sepak itu dilakukan di Tembok Pemisah yang dibangunkan oleh Israel sendiri untuk memenjarakan Palestin. Awalnya, tentera Israel itu sedang melakukan rondaan. Kenderaan jip mereka terkena tendangan bola dari sebelah tembok. Mereka mengembalikan bolanya dan kemudian ikut bergabung bermain bola bersama-sama.

JANGAN TERTIPU HIDUP2!!!!!!

Inilah iklan terbaru sebuah operator HP buatan Israel - Cellcom ( macam operator Malaysia je. Colour brand pun lebih kurang jek) Di akhir iklan itu tertulis " Setelah semuanya ini, apa yang kita miliki? Bersenang-senang."

Iklan ini juga muncul di Yotube, tapi kalau fikir tentang kenyataannya di Palestin agak2 macam mana ye? Jauh sekali dari apa digambarkan oleh iklan ini seorang rakyat Palestin menendang bola masuk melewati tembok, apa yang mereka dapat adalah tembakan gas dan peluru.

Rakyat Palestin tentu sahaja tidak akan menerima iklan yang penuh penipuan ini.

Jika yang dimaksudkan "bersenang-senang" oleh Israel itu, maka untuk orang Palestin hal itu bermakna memisahkan anak-anak dari sekolah, klinik, dan segala kehidupan normal lainnya.

Namun, iklan yang sebegini selayaknya menunjukkan kebodohan Israel Yahudi laknatullah bahawa rakyat Palestin takkan menerima apa-apa tuntutan bodoh dan keji Israel selamanya.

Anda fikirkan sendiri.

Di bawah ini jugak video respon dari rakyat Palestin terhadap iklan tersebut yang penuh penipuan, sandiwara semata-mata.


Babi = Khinzir ancaman kepada dunia.


Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal haiwan yang paling produktif, tapi banyak bawa maslalah. Iaitu B*bi.

Seawal Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming, tabib perubatan terkenal cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Ch’en telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi. Antaranya mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma.

Daripada kenyataan tabib terkenal cina ini dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita. Perlu kita ketahui lazimnya pengidap penyakit asma didahului atau bersama- sama dengan batuk dan selesema.

Dalam sejarah dunia, penyakit yang berpunca daripada babi seperti cacing, JI dan flu atau selsema telah bebeberapa kali menyerang umat manusia. Sebagai contoh, pada abad kedua puluh, terutamanya di sekitar tahun 50an, dunia dikejutkan dengan cacing trichina dari babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh membunuhnya ketika itu. Di Amerika, amaran terpaksa dikeluarkan tentang bahaya memakan daging babi, sebagai contoh, amaran yang dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard dalam Washington Post bertarikh 31 Mei 1952.

Pada hari ini, masalah trichinusis telah dapat diatasi namun virus flu yang lebih berbahaya yang boleh menyebabkan wabak yang membunuh di seluruh dunia. Antaranya;

Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). ia merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilapurkon oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia, lebih membimbangkan lagi, menurut . Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.

besar ya amat. ni makan orang ke..


Mintak maaf la tunjuk gambar ni. Sekadar peringat.huhu


Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. . Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, menurut pandangan peribadi saya, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Selain daripada itu, Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyakit- penyakit tersebut ialah;

1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis
Pada tahun 1997, ahli-ahli sains menemui telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.
31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.
32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan. Seperti mana firmanNya di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173).



Dengan adanya artikel ini menjawab segala persoalan yang sering dilontarkan orang, kenapa Allah mengharamkan babi dimakan oleh umatnya

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sebanyak dinasti Tang dan Ming dan beberapa rentetan sejarah moden membuktikan ia membawa bencana kepada umat manusia, persoalannya kenapa masih diternak secara besar-besaran sebagai contoh di Perancis sahaja jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000 orang, bagaimana dengan jumlahnya di negara cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri. Jika tidak mendapat sambutan di pasaran bagaimana mereka boleh menternak babi, Persoalannya, bukankah 2 per 3 negara di dunia ini negara Islam ke manakah ia dipasarkan?

Perlu anda ketahui bahawa dalam ajaran Yahudi, babi adalah Taboo, pantang ataupun dilarang seperti mana agama Islam. Dan cuba renung- renung kembali pada penyakit-penyakit baru seperti H1N1, Ebola, SARS, Selesema burung (dari kajian punca virus di kandang yang pengusahanya menternak babi dan ayam) dan sebagainya, seingat saya ia tidak pernah menyerang Israel? Kenapa la agak-agaknya.

Wallahu'alam.

Pengaruh Illuminati & Freemason dalam filem Hollywood.

Assalaamu’alaikum w.b.t.

Semoga sihat dan bahagia semuanya. Kali ini saya akan bawakan lanjutan dari topik berkenaan Illuminati yang ingin menegakkan New World Order di muka bumi ini tak lama lagi. Dan kali ini saya akan sentuh tentang bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood. Bagi yang masih tidak faham apa itu Illuminati boleh lah membaca topik-topik lepas yang berkaitan dengan Freemasons, Skull n Bones dan sebagainya tu. Kesemuanya itu berada di bawah satu organisasi besar yang diberi nama Illuminati.

Ada satu pengakuan dari bekas programmer @ jurulatih perempuan yang asalnya bekerja dengan Illuminati. Tetapi dengan kesedaran-kesedaran yang beliau dapat kerana banyak dari kerja-kerja Illuminati itu yang tidak membawa kepada kebaikan, maka dia telah berhenti dan dia telah ditemubual oleh HJ Springer, Chief Editor di CentrExNews.com.

Antara isi-isi penting dari temubual itu saya cuba kemukakan setakat yang saya dapat. Menurut bekas Illuminist itu, Illuminati percaya bahawa untuk mengawal orang-orang awam mestilah dengan mengawal media terlebih dahulu. Bidang kewangan, media, undang-undang, kerajaan dan pendidikan adalah bidang-bidang yang menjadi sasaran mereka untuk menguasai masyarakat.

Bagaimana mereka melakukannya? Mereka tidak pergi kepada produser filem dan mengatakan “kami ni adalah ahli Illuminati dan kami mahu anda buat filem untuk mempromosikan agenda kami”. Mereka tidak sebodoh itu untuk terus secara terbuka menyatakan hasrat mereka. Tetapi mereka akan membentuk sebuah syarikat pelaburan kecil yang memberi tabung kepada filem-filem dengan idea-idea yang mereka mahukan. Secara rahsia mereka mengupah pelakon-pelakon, produser-produser, pengarah-pengarah dan penulis skrip, tetapi mereka tidak memberitahu mengapa dan kenapa mereka mahu idea-idea mereka itu dibuat.

Yang penting adalah duit, lebih-lebih lagi di Hollywood, jika anda ada duit maka anda boleh menyuruh untuk membuat apa sahaja filem di situ. Mereka juga boleh menyalurkan wang pada kempen pengiklanan filem-filem yang dibuat.

Illuminati bertindak dalam keadaan yang perlahan, sabar kerana mereka sudah berada di belakang tabir sejak beratus tahun yang lalu dan mereka tahu masyarakat awam adalah lambat menerima idea-idea baru. Bilangan filem-filem yang berkisarkan tentang PEMUJAAN juga telah banyak sejak 10 tahun yang lalu, tidak kah anda juga terfikir tentang itu?

Cuba kita fikir mengapa semakin banyak filem yang bertemakan pemujaan dan kuasa-kuasa luar biasa? Dan ianya akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar dan mencari identiti diri. Walt Disney juga adalah seorang Illuminist dan rancangan-rancangan terbitan mereka kebanyakannya untuk memprogramkan minda kanak-kanak dengan kuasa luar biasa dan sihir, is is is.

Banyak lagi filem lain yang melakarkan agenda Illuminist seperti The Matrix. Filem The Matrix ini pun sudah cukup menunjukkan kepada kita tentang agenda mereka yang ingin mewujudkan suatu dunia baru dengan kepakaran yang ada pada mereka yang sebenarnya hanyalah tahyul semata.

Dan filem seperti Starship Trooper terdapat banyak sangat simbol-simbol pemujaan di dalamnya. Menurut bekas Illuminist itu, dia sendiri telah membilangnya dan mendapati tidak kurang dari 100 simbol yang dijumpainya dalam filem tersebut. Dan rata-rata filem-filem seperti ini akan menyelitkan unsur seks seperti adegan di ranjang (pengaruh yang secara halus menular) dan tidak kurang juga unsur-unsur keganasan. Ini menunjukkan mereka mengajar kita membuat dosa dalam satu filem yang amat mempesonakan tanpa kita sedari.

Dan pada akhir temubual tersebut, dia berkata bahawa ramai juga Illuminist yang bukan sebenarnya jahat, tetapi mereka tertipu dengan organisasi Illuminati itu. Kerana mereka dirahsiakan dengan banyak perkara. Yang jahat dan mengatur agenda-agenda yang mengarut adalah orang-orang atasan mereka. Golongan bawah itu ibarat boneka sahaja kebanyakannya.

Maka dengan pengetahuan seperti ini, diharapkan kita dapat memantau aktiviti anak-anak dan adik-adik kita, agar tidak tergila-gila sangat dengan filem-filem barat yang mengajar terlalu banyak keburukan sebenarnya. Nak tengok tak apa, tetapi tengok sekadar hendak tahu dan kaji tentang agenda Illuminati, serta kawal mereka elok-elok dan terangkan kepada mereka mana-mana yang tidak betul, jangan hanya membiarkan mereka berkhayal dan mengintepretasi sendiri cerita-cerita tersebut. Kerana media adalah merupakan antara pengaruh utama yang dapat membentuk peribadi manusia.

Ada juga kebanyakan filem-filem itu terutamanya filem animasi yang nampak bagus, tetapi hakikatnya mereka mahu mengawal minda kita secara halus, mahu kita rasakan ideologi dan pemikiran mereka bagus. Itu antara taktik mereka untuk jauhkan kita dari Allah. Jauhkan kita dari hidup beragama, tetapi hanya hidup dengan moral semata-mata tanpa ada kaitan dengan Tuhan. Itu yang kita mesti berhati-hati. Kita mesti ingat bahawa antara agenda utama Illuminati adalah untuk menghapuskan kehidupan beragama, kehidupan yang mengabdikan diri kepada Tuhan, maka mereka akan cuba bermacam-macam cara hinggalah kepada cara yang sehalus mungkin seperti memainkan perasaan manusia dan mempengaruhi kanak-kanak.

Sebab itu lah syaitan ni bukan hanya di kalangan jin, tetapi juga di kalangan manusia. Kalau manusia itu ajak orang untuk membuat jahat dan dosa, maka sama lah dia dengan syaitan dari golongan jin itu. Allah sendiri telah berfirman dan menerangkan kepada kita bahawa syaitan itu terdiri dari jin dan manusia.

Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. Surah An-Naas

Wallahu a’lam.

Berikut adalah beberapa video dari Youtube yang memaparkan tentang beberapa filem yang mengandungi banyak simbol Illuminati.