Canggih, tapi sangat sesuai untuk mereka yang penakut.

Salam.

Topik hari ini nak cerita pasal senjata askar Israel. Tujuannya bukan nak cakap Israel ni hebat ke apa, cuma nak la komen sikit pasal Israel kalau bab - bab senjata ni.

Israel atau Zionis, banyak siri jenayah yang mereka dah buat. Tapi US buat pekak badak je. PBB lagi macam badak. Orang Islam tak usah nak cakap, banyak yang lagi pekak dari mendengar.

Tapi bukan nak komen itu, cuma nak cakap Israel ni kalau ikutkan bukan la hebat dan kaya sangat sebenarnya, tapi disebabkan mereka ni ada penyokong kuat dan proksi macam US dan negara-negara lain, pegang ekonomi dunia maka mereka ni banyak la duit nak beli apa-apa benda yang mereka nak.

Ok, gambar kat bawah ni salah satu senjata yang terbaru. Nama senjata ni M - 18 Elite. Saya belek-belek ciri - ciri senjata ni dalam google search, nak dikatakan ianya dilengkapi dengan alatan digital yang canggih bahkan, senjata ini dilengkapi juga dengan kamera yang akan terus online dengan Presiden US, house commitee, bahkan akan online juga di CNN. Jadi, askar mereka hanya menunggu arahan samada nak menyerang, membatalkan serangan, menembak musuh, nak bagi laporan, nak pusing-pusing berita atau sebagainya yang sesuai dengan sifat jahat mereka.

Macam tu lah lebih kurang. Tak nak la komen lebih-lebih.

Tapi kalau anda nampak senjata yang satu lagi kat bawah ni. Anda boleh lah nilai sendiri sesuai dengan tajuk post saya kali ni. ('',) Ok.

Wasalam.


M - 18 Elite.



Senapang penakut 1 ( saya yang bagi nama ni ) hehe


Senapang penakut 2



Senapang penakut 3


Senapang penakut 4


Senapang penakut 5


bom berangkai




p/s : Israel pernah kalah di Lubnan, dengan berbekal sekitar 3000 askar, dan Hizbullah sekitar 300 orang, mereka yakni Israel tetap kalah. Mereka ni jenis penakut dan bukan jantan. Jumlah yang ramai semata - mata bukan penentu menang kalah suatu perlawanan di sisi Tuhan Rabbul Jalil. Yang penting keyakinan dan pergantungan yang tinggi pada Allah s.w.t.

Nur Fatihah & Nur Farihah : Pengubat rinduku ('',)

Rindu. Itu sahaja luahan hati pakcik yang sedang berjauhan dengan anak - anak yang comel ni. Saya ni pakciknya, adik emaknya, jadi camtulah hal nya. ('',)

Alhamdulillah, tadi baru je selesai peperiksaan untuk semester yang terakhir. Moga-moga Allah beri kecemerlangan pada diri ini. Soalan kertas tadi memang sangat menguji jiwa dan minda. Hanya Allah yang tahu. Tapi yang penting tawakkal. Itu jalan yang terakhir. Saya dah cuba yang terbaik. Insya Allah, segalanya saya pulangkan kepada Allah s.w.t.

Disebabkan minggu lepas dan minggu ini sibuk dengan masa untuk mengulangkaji, tak sempat saya nak update blog. Jadi nak lepas rindu kat anak saudara tak dapat, letak la post camni.('',)

Apapun, doa saya moga sahabat-sahabat terus dan terus berjuang. Wasalam.