Iklan Termahal : Khalid al Walid Ketika Perang Yarmuk


Iklan yang dibuat dengan mengambil kos sebanyak USD 2.5 juta. Menjadikan ia iklan yang termahal pernah dibuat. Hanya untuk beberapa minit. Walaupun boleh diberi pujian, namun bagi saya alangkah baiknya kalau duit sebanyak itu dilaburkan untuk rakyat Palestin, untuk perjuangan Islam. Apapun, anda boleh nilai sendiri.




Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila lihat di sini :

http://www.eyeofdubai.com/v1/news/newsdetail-21033.htm

http://samudrajihad.multiply.com/journal/item/14

Apa Bezanya? : Anda Nilai Sendiri.


Di Malaysia, tanahair kita.









dan......


Di Palestin, kiblat pertama kita.











Matahari Sudah Terbit Dari Barat Di Planet Marikh : Apa Persiapan Kita?


Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah Barat.




Maklumat dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :

MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!





Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?





Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"

( Hadith : Muslim)



"Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata : Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingatkan?” Sahabat menjawab, “Kami mengingatkan tentang hari kiamat.” Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (yang pandai berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s, Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar."


( Hadis : Muslim)












p/s : Hidup ini memang tak lama kawan-kawan. Sejak saya postkan artikel ni pun, usia saya dan anda sudah bertambah sekitar 5-10 minit. 10 minit bagi manusia yang lalai adalah sangat-sangat merugikan. Bersama-samalah kita mengambil iktibar.

Teknologi Masa Depan : Bersediakah Kita?



Ini antara paparan montaj daripada Microsoft Office Lab 2019 Vision yang sudah diupload dalam Youtube. Sebuah syarikat pembuatan perisian tercanggih dunia.

Pelbagai tafsiran yang ada.

Hebat.
Canggih.
Futuristik dan sebagainya.

Bagi kita umat Islam, teknologi adalah teknologi. Islam mengajar kita untuk sentiasa bersaing dan terus maju ke hadapan.

Namun, perlu diingatkan bahawa dengan Islam hari ini kita berpegang, dengan Islam juga hari yang mendatang kita pegang. Biarpun teknologi terus berkembang mengikut zaman.

Sekadar perkongsian.

Imbauan sejarah : Sultan Muhammad Al - Fateh.



Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal.

Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

(Hadis Riwayat Ahmad)

Hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam tikamana Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.

Siapa tahu tikamana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi ummat?

Ibarat kita hari ini yang akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar, sedang umat sangat kecil dan lemah.

Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah dimungkiri oleh Nya.

Kita mesti belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.

"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )




Potret Sultan Muhammad Al - Fateh




Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu.




Replika Sultan Muhammad dalam sebuah muzium.




Salah sebuah potret di sebuah muzium.




Gambaran peta Teluk Golden Horn.




Bukit yang ditarah untuk menarik 72 buah kapal.




Rantai gergasi yang digunakan oleh Byzantine untuk menyekat kapal perang Sultan Al Fateh.




Tembok Byzantine dan meriam diraja yang digunakan oleh Sultan Al Fateh, hasil ciptaan seorang saintis, Urban.




Makam mulia Sultan Muhammad Al Fateh.