Sajak Kematian : Kenapa Kementerian Pelajaran kata tak wajar???


Maka hebohlah isu terdapat beberapa sekolah yang menayangkan klip video "sajak kematian" untuk tatapan para pelajar. Tindakan menayangkan klip tersebut dikatakan tidak wajar, kerana faktor umur yang tak sesuai, tidak sepatutnya ditayangkan sebab akan rosak akidah dan sebagainya.

Maka ada jugak lah ibubapa yang merungut mengatakan tindakan menayangkan video tersebut tidak wajar, dan boleh memesongkan akidah pelajar-pelajar.

Sekarang ini apakah isu sebenarnya?...mengapa klip video tersebut mengundang masalah bagi kementerian pelajaran sehingga memaksa pihak kementerian membuat ulasan terhadap hal tersebut???

Pernah dua tahun yang lepas, kawan-kawan dari PMIUM telah membuat satu pentomen berlatarbelakangkan video tersebut. Memang cukup menakutkan, gerun, membuatkan bulu roma menegak tak tentu pasal. Tapi yang baiknya selepas itu, timbul rasa insaf dan takut terhadap apa yang diperlihatkan, walaupun video tersebut menyebut tentang alam ghaib, alam barzakh, tapi kesan penyampaian dari video tersebut melekat di hati.

Bukanlah nak kata bahawa video itu betul 100%, tapi paling tidak ianya memberi kesan terhadap jiwa manusia yang pada hari ini kebanyakkan tidak takut dengan azab Tuhan.

Jadi soalnya sekarang, tindakan pihak sekolah menayangkan video tersebut tidak boleh dihukum salah, bahkan ianya dilihat sekadar satu pendekatan untuk menyedarkan pelajar. Mungkin ada baiknya, mungkin tidak. Tetapi selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Quran dan Sunnah, maka tidak ada yang perlu dipersoalkan.

Cumanya, kementerian pelajaran perlulah menyediakan satu mekanisme dan pendekatan yang terbaik untuk pelajar, apatah lagi pelajar hari ini banyak yang kurang disiplin, kurang akhlak, tak ambil berat tentang solat, melawan guru dan ibubapa. Maka perlu pada pendekatan yang rasional, yang lebih menyentuh jiwa dan rohani pelajar, agar mereka lebih berdisiplin terhadap peraturan sekolah, dan lebih-lebih lagi berdisiplin terhadap "TuhanNya".

klik untuk lihat video "sajak kematian".
http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y

0 comments: