26 Disember 2004 : Masih Ingatkah Kita..




Assalamualaikum w.b.t ..

26 Disember 2004, itulah tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh kita yang ketika dahulu dikejutkan dengan peristiwa tsunami atau ombak besar yang melanda asia tenggara.

Kini tarikh itu kembali, untuk diinsafi bahawa manusia sentiasa akan diuji oleh Allah s.w.t dalam apa keadaan sekalipun.

Kematian, kemusnahan harta benda, kerosakan yang dahsyat akibat bala tersebut cukup memberikan peringatan kepada kita umat Islam khususnya, bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan bala dari Nya tanpa sebab, tetapi semuanya atas kerana kesalahan, dosa, sikap angkuh, sombong, tidak taat manusia itu sendiri.

Moga-moga kita dapat mengambil pengajaran, insya Allah.

sebelum dan sesudah tsunami

hanya masjid yang berdiri kukuh

kesan tsunami

masjid Allah..rumah Allah.



mayat yang terlalu banyak..masya Allah.





Benarkah Hari Kiamat Pada Tahun 2012 ?


Benarkah Hari Kiamat Pada Tahun 2012??


Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita untuk terus hidup di muka bumi Allah s.w.t yang penuh dengan nikmat yang tidak terhingga. Segala syukur dan rasa bertuah tidak lain hanya untuk Allah s.w.t yang telah memberikan segalanya, hanya manusia yang berkehendak untuk bersyukur atau sebaliknya.


Sebelum memulakan bicara ada baiknya kita menyebut tentang kesyukuran, teringat satu ungkapan syukur itu tanda menghargai, tidak bersyukur tanda kufur hati, kufur nikmat. Allah s.w.t pun pernah menyebut :


“Jikalau kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan nikmat kamu, dan jikalau kamu kufur, sesungguhnya azab Ku teramat sangat pedihnya”.


Bersyukur itu banyak keadaannya, syukur kerana diberi nikmat, syukur kerana terselamat dari bencana dan bala, syukur kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang, syukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan aman, syukur kerana dinaikkan pangkat, syukur kerana mempunyai anak-anak yang baik dan sebagainya.


Dan pada saat ini kita sepatutnya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur kita, walaupun umur kita tidak sama dengan umur dunia yang sedia ada.


Kiamat 2012?? Biar betul??


Yeke? Tak mungkinlah. Lambat lagi laa. Imam Mahdi kan tak turun lagi??Nabi Isa tak turun lagi.


Mungkin ini antara imaginasi dan lintasan fikiran anda apabila melihat triler filem Hollywood di atas, “2012”. 2012 adalah satu tarikh keramat yang dikatakan oleh pengkaji dan peramal masa depan Barat bahawa ianya adalah satu tahun berlakunya hari besar, iaitu kiamat.


Barat mempunyai pelbagai tafsiran dan ramalan yang mungkin benar, tetapi ada kemungkinan ianya tersasar jauh dari kebenaran. Pernah sebelum ini diwarwarkan oleh media Barat bahwa kiamat akan berlaku pada tahun 2004, dan beberapa tarikh sebelumnya, namun tiada apa yang berlaku. Kehidupan masih berjalan seperti biasa, tiada langit pecah, tiada planet berlanggar dan sebagainya.


Saya bukan hendak mengulas tentang filem tersebut, tetapi ingin memberi sedikit pandangan dari sudut pandang yang berbeza. Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran :


“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( al-A’raaf ayat 7 )


Hari kiamat adalah hari kehancuran bumi, alamraya dan segenap alam cakerawala yang ada di dunia. Segala makhluk tidak kira manusia, jin, haiwan, tumbuhan, langit, matahari, bulan dan planet-planet akan hancur, saling berguguran, berlanggaran dan musnah. Manusia akan lenyap dan berterbangan bagaikan kalkatu yang berterbangan dan suasana ketika hari tersebut sangat menakutkan.




Di dalam al-Quran disebut tentang hari kiamat dengan pelbagai perkataan, antaranya Al-Haaqah, Al-Waqiah, Al-Qiyamah, Al-Zalzalah dan sebagainya. Semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu kiamat. Dengan maksud seperti “hari yang menggoncangkan”, “hari kebangkitan” dan sebagainya, ianya cukup menakutkan sesiapa yang berfikir tentangnya. Kiamat ibarat satu cermin yang menggambarkan ketakutan manusia. Berlakunya ia bermakna bermulanya satu episod perjalanan yang baru bagi umat manusia.


Namun begitu, kepercayaan mengenai hari kiamat adalah satu ketetapan bagi umat Islam. Ianya sudah termaktub sebagai rukun iman yang kelima yang menjadi tunjang akidah, keimanan dan kepercayaan penganutnya. Bagi yang benar-benar beriman, mereka mempercayainya dengan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t bahawa hari besar tersebut sememangnya pasti akan berlaku.


Doktrin Barat


Maka timbullah persoalan, mengapa Barat dan orang-orang yang sama waktu dengannya begitu meneliti tentang munculnya hari kiamat? Mengapa perlu menyiasat tarikh berlakunya hari kiamat? Mengapa mereka beria-ria mengwarwarkan tahun sekian sekian akan berlakunya kiamat? Kenapa perlunya filem untuk menjadi bahantara menjelaskan tentang hari kiamat? Kenapa perlunya filem seperti 2012??


Di sinilah kita perlu memahami, mengkaji dan meneliti mengapa Barat terlalu mementingkan penerapan dogma mereka melalui cara yang cukup berkesan, iaitu melalui filem-filem yang bertemakan kemusnahan, kehancuran, peperangan dan sebagainya.



Anda semua mungkin pernah menonton filem-filem seperti “Deep Impact”, “Armageddon”, “Twister”, “The End of The World” dan sebagainya. Filem-filem seperti ini bertemakan bencana, malapetaka dahsyat, dan juga hari kiamat. “Deep Impact” contohnya filem yang berkisar tentang bumi yang musnah akibat hentaman asteroid, “Armegeddon” juga berkisar tentang cerita yang sama seperti “Deep Impact”, cumanya dalam filem tersebut bumi terselamat daripada hentaman asteroid hasil dari kehebatan perancangan pihak NASA memusnahkan asteroid tersebut dengan cara mengebomkannya. Sangat hebat filem tersebut. Memang sekali tonton, kita akan terfikir US lah hero penyelamat dunia yang sangat bijak dan hebat merancang sesuatu untuk menyelamatkan bumi dari malapetaka dahsyat. Ini adalah pandangan yang pertama.



Begitu juga dengan filem-filem yang lain, seperti “Transformers”, “Iron Man” contohnya, walaupun ianya menjadi satu filem yang diminati ramai terutamanya golongan muda dan kanak-kanak mungkin, ianya tidak terlepas dari doktrin kotor Barat yang ingin menunjukkan kuasa hebat mereka mencipta dan melaksanakan sesuatu. Mungkin anda berasa tidak sesuai saya menggunakan contoh di atas, tetapi ada benarnya jika kita perhatikan setiap inci dari filem-filem tersebut penuh dengan doktrin kotor Barat. Ini cuma satu atau dua dari berpuluh ribu filem yang telah direka dan ditayangkan, tetapi ianya secara jelas menunjukkan berlakunya penanaman doktrin Barat terhadap penonton yang menyaksikan filem tersebut.


Doktrin Barat : Bagaimana?


Tujuan Barat tidak lain hanyalah sebagai satu doktrin atau penanaman kepercayaan terhadap apa yang dibawa oleh mereka melalui cara perfileman, dokumentari dan sebagainya. Ianya tidak lebih hanya sekadar untuk memperkukuhkan kekuasaan, pengaruh dan penjajahan mereka melalui cara tersebut.


Doktrin Barat dapat dikesan dalam filem-filem melalui unsur-unsur ini :

  • Terdapatnya unsur penonjolan terhadap kehebatan ketenteraan dan senjata. Contohnya filem “Iron Man”.
  • Wujud “scene-scene” seperti keganasan, pembunuhan, peperangan, perjudian dan sebagainya.
  • Wujud unsur-unsur “sex” pada setiap filem, paling kurang babak “kiss”.
  • Terdapat unsur-unsur hiburan melampau, budaya clubbing, pub dan disko.
  • Terdapatnya unsur-unsur doktrin Kristianisasi dalam filem.


Setiap filem Barat tidak akan lekang dengan “hiasan-hiasan” seperti yang disebutkan di atas. Unsur – unsur pembunuhan, peperangan, kehebatan bersenjata dan sebagainya bagaikan satu polisi atau syarat bagi setiap filem Barat. Ianya tiada beza dengan filem “2012” yang mungkin bakal membawa pengaruh yang sama.


Kenapa dengan filem 2012?


Bagi Islam secara jelasnya tidak akan bersependapat dengan segala bentuk kemaksiatan dan kezaliman, bahkan segala bentuk kesesatan yang nyata ataupun tidak nyata. Ini kerana panduan yang dibawa oleh Islam adalah sangat jelas dan benar.


Islam tidak sekali-kali membenarkan kezaliman, pembunuhan dengan sengaja tanpa hak, perjudian, seks bebas bahkan menolak segala bentuk pengaruh dan unsur yang bertentangan dengan akidah Islam. Tetapi realiti yang berlaku ketika umat Islam mempercayai hari kiamat adalah hak Allah dan rahsia besarNya, maka Barat mencipta satu dogma baru untuk meletakkan satu tempoh hayat atau “count down” bagi dunia iaitu pada tahun 2012, dan dunia akan kiamat pada tahun tersebut.


Tidakkah ini dilihat salah satu penanaman gejala sesat Barat terhadap umat manusia?Adakah perlu umat Islam mengambil pandangan dan ramalan yang dibuat berdasarkan tukang tilik mereka Nostradamus dan pakar-pakar tilik lain yang jelas bertentangan dengan Quran dan Hadith?



Sememangnya Allah telah menutup hati-hati orang kafir yang tidak beriman dengan hari kiamat, sedangkan orang beriman sangat takut dengan kedatangan hari tersebut , sepertimana firman Allah yang bermaksud :


“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar dalam kesesatan yang jauh.” ( surah al – Syura ayat 18 )


Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa orang-orang kafir dan Barat khususnya sangat suka bermain dengan “nombor” dan “tahun” untuk hari kiamat. Bagi mereka penghasilan filem tersebut tidak lebih bagai satu dokumentari. Sudah termaktub, orang yang tidak beriman suka menyebut tentang hari kiamat dan mahu ianya disegerakan. Ini jelas kerana mereka tidak percaya dan takut kepada hari kiamat apatah lagi percaya kepada azab Allah s.w.t. firman Allah s.w.t :


“Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.” (surah al-Mudattsir ayat 49 -53 )


Pentingnya Iman & Penutup


Penghasilan filem dan penerapan doktrin Barat sememangnya ibarat “irama dan lagu”. Bagi mereka senyaplah dunia tanpa “hiasan-hiasan” tersebut. Penyeri hidup mereka adalah dengan hiburan melampau, seks bebas, sindiket pembunuhan, konspirasi, rasuah, kuku besi, penyelewengan dan lain-lain. Hidup mereka sememangnya sudah sebati dengan norma-norma tersebut.


Namun bagi umat Islam, apa saja bentuk penjajahan dan penerapan nilai songsang perlu ditapis dari menyerap masuk ke dalam masyarakat. Cukuplah dengan penyakit akidah dan pemesongan pemikiran umat hari ini, tidak perlu ditambah-tambah dengan unsur-unsur luar yang akan memeningkan lagi.



Walaupun kita membincangkan antara matlamat filem yang direka, doktrin kotor, kepercayaan tentang hari kiamat dan segala benda yang lain, semuanya perlu berbalik kepada prinsip asas yang penting yang semestinya diikat dengan tali keimanan dan akidah pada Allah s.w.t. Ini kerana


Iman mengajar kita supaya menilai sesuatu,

Iman mengajar kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu,

Dan iman juga mengajar kita untuk mengawal dan melakukan sesuatu.



Dengan adanya iman, kita boleh menilai sesuatu itu menurut kehendak Tuhan ataupun tidak, dengan iman juga kita kenal mana satu doktrin mana satu kebaikan, dengan adanya iman kita tahu bahawa hari kiamat itu rahsia Tuhan, bukan tekaan insan. Dan dengan adanya iman kita akan tahu untuk bersyukur. Alhamdulillah.

Palestin : Perjuangan Yang Tak Pernah Sudah

dibunuh seperti haiwan.


perjuangan dari kecil.


generasi pelapis, hebat2 anak-anak ini.


pelapis mujahidah

kesan bedilan peluru

kesan bedilan senjata Israel

muslimah jadi mangsa

kanak-kanak apatah lagi

nyawa rakyat palestin sangat murah bagi tentera Israel

tak kira umur, asalkan rakyat palestin, kena bunuh, ugut.



Umat "Super" : Kita Pernah Menggenggam Gelaran Itu


Bismillah.

Teringat dalam satu ayat di dalam Al-Quran, surah Ali Imran ayat 110 yang menyebut tentang peranan umat Islam apabila ianya dilahirkan khusus untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada dunia dan masyarakat atas beberapa sebab :


  • kerana umat ini beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya.
  • kerana umat ini melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara mungkar.

Umat Islam adalah umat yang terbaik, perkataan "khair" dalam ayat tersebut adalah isim tafdhil yang menunjukkan makna yang tinggi atau yang terbaik. Seseorang manusia dikatakan cemerlang dalam peperiksaan apabila mendapat markah dan keputusan yang terbaik, seseorang yang hebat dalam bidang penyelidikan dan akedemik diberikan satu-satu anugerah atas sebab mempunyai rekod yang terbaik, seseorang bapa yang dapat mendidik anak-anaknya adalah disebabkan menyediakan kemudahan, didikan, keperluan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Maka begitu juga dengan umat Islam, ianya dilahirkan dalam keadaan yang terbaik, untuk melahirkan individu lain yang terbaik, keluarga yang terbaik, masyarakat yang terbaik, bahkan negara dan daulah yang terbaik.


Salahuddin Ayubi

Untuk menjadi yang terbaik, laluannya sangat sukar, sangat mendukacitakan, sangat penuh dengan cabaran dan dugaan, manakan tidak seorang yang ingin berbuat baik demi masyarakat akan dicemuh, seorang yang berdakwah dengan membawa nama Islam akan dihina, diherdik, seorang yang berkata tentang tarbiyah dan dakwah di kampus akan dicemuh sebagai golongan pelampau, penuh emosi, penghukum dan sebagainya.

Sebab itulah Allah Taala meletakkan syarat, untuk kamu menjadi umat yang terbaik, segerakan amar makruf dan cegahlah kemungkaran. Umat Islam hari ini tak lebih seperti "singa yang takut kepada tikus". Kita ramai, kita cukup bilangan, kita ada di segenap negera dan tempat, tapi kita lemah, takut, bacul, khianat, ego, pentingkan diri sendiri, berpecah sesama sendiri. Sebab itulah kita bukan lagi umat yang "Super".



salahuddin dalam Filem Kingdom of Heaven


Kita ditarik gelaran hebat itu, "Super" bukan milik kita lagi. Milik orang lain.
Kita dahulu ada Salahuddin Ayubi yang pernah membebaskan Al-Quds.
Muhammad Al Fateh yang pernah menarah bukit, menarik kapal-kapalnya melalui bukit.
Semuanya hebat-hebat belaka.


meriam diraja Al - Fateh

Namun sekarang, kita perlu mengorak langkah baru, perancangan baru, strategi yang lebih hebat dan berkesan.
Kerana kita kena lahirkan seribu lagi Salahuddin, seribu lagi Muhammad al -Fateh, bahkan sejuta, berbilion. Untuk kita merampas gelaran itu kembali.

Itu tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita semua.



Berakhirnya "medan tempur"

Salam.

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t. kerana telah memberi kekuatan kepada hamba yang lemah ini untuk meneruskan perjuangan beberapa minggu ni. Medan tempur sudah berakhir, exam yang banyak memerah tenaga dan ingatan untuk berdepan dengan soalan2 akhirnya dapat ditempuh dengan jayanya. Segala ketentuan semua diserahkan kepada Allah, kerana sudah berusaha dengan sedaya upaya yang ada. Moga2 mendapat cemerlang nanti InsyaAllah.

Kepada sahabat2 yang masih berjuang untuk peperiksaan, teruskan perjuangan anda untuk pecutan yang akhir ini.

Ingatlah, jadikanlah kecemerlangan kita dalam akademik sebagai satu medium dakwah untuk kita berdepan dengan orang lain, moga2 dengan ilmu yang kita ada dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Baarak Allahu fii kum.

salam.

Pemuda Ashabul Kahfi : Kenal, tapi kita ingat tak??

Assalamualaikum, alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk berblog, walaupun sibuk dengan studi untuk exam beberapa hari ini. Apepun kesempatan untuk berblog bukan satu perkara yang boleh dilepaskan, mesti diteruskan.

Topik hari berkenaan dengan Ashabul Kahfi, semua orang kenal kan??Kalau tak kenal boleh rujuk Quran surah Al-Kahfi...('',). Pepun kali ni saya nak kongsi satu artikel yang dibuat oleh seorang sahabat blog, yang mungkin kita boleh ambil pengajaran dan pandangan bersama. Ok, selamat membaca (@_@)...



Kisah Ashabul Kahfi Dan Beberapa Bukti Peristiwa Berlaku di Jordan

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.

Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian di manakah tempat berlakunya kisah 7 pemuda tersebut ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yang lama. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut kristian mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam menyatakan bilakah kisah ini berlaku? Di manakah ia berlaku? Persoalan-persoalan ini telah cuba dikupas sejak zaman berzaman dan turut dibincangkan oleh 'Alim Ulama terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.

Bilakah ia berlaku?

  1. Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.
  2. Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.

Di manakah ia berlaku?

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki sahaja terdapat 4 lokasi dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin). Penulis telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki dan Jabal Qassiyun, Syria.

Apa yang boleh penulis simpulkan hasil dari bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahawa di situ berlakunya peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran. Berbeza dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian penulis ialah :

Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-

17. Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu...

Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.

Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21

21. ... setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka".

Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.


Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17

17. ..sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu.

Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta tidak dalam.


Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi


Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.

5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.

7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.

Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah berlaku di Abu Alanda, Jordan.


Haza Usrati Ana : Raya 2008

Haza Usrati Ana, inilah keluarga saya, alhamdulillah, tahun ini semua adik beradik dapat balik bersama, kakak yang no 3 yang dah bermukim kat UK sejak 2006 pun dapat pulang raya tahun ni. Alhamdulillah, syukur pada Allah dikurniakan keluarga yang bahagia, moga berkekalam sehingga akhirnya Insya Allah, ameen.

Sultan Muhammad Al-Fatih : Membelah bukit menggantikan lautan.


Jihad untuk menawan Constantinople.

Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak. Sabda baginda SAW: ”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.

Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlane telah menyerang Empayar Uthmaniyyah. Ini memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.


Sultan Murad II

Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah.


Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary, Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.

Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople bermazhab Ortodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.

Serangan

Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453. Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

Jatuhnya Constantinople

Tentera Byzantine berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai.

Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Maharaja Constantine XI mati bersama penyokong baginda dari Genoa dan penduduk kota. Muhammad II dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih atau di barat sebagai Muhammad si Penakluk.

Kesan peristiwa

Kehilangan Constantinople memberi tamparan hebat kepada kerajaan Kristian barat. Seruan Paus untuk melancarkan perang balas sebagai Perang Salib tidak diendahkan oleh raja-raja Eropah. Ini menyebabkan paus sendiri pergi untuk berperang tetapi kematian awal paus melenyapkan harapan serangan balas.Remove Formatting from selection

Muhammad al-Fatih mendapat sebuah kota yang agung walaupun dalam keadaan teruk kerana perang yang berlanjutan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean.

Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah. Bangsa Eropah terus berdagang di Constantinople sehingga abad ke-16 apabila harga yang tinggi memaksa mereka mencari alternatif lain. Bangsa Eropah seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda mula belayar ke India dan Asia untuk mencari bekalan rempah yang lebih murah. Malah, Christopher Columbus juga menjumpai Dunia Baru apabila bangsa Eropah mula memberanikan diri belayar jauh untuk menjalankan perdagangan.

Sajak Kematian : Kenapa Kementerian Pelajaran kata tak wajar???


Maka hebohlah isu terdapat beberapa sekolah yang menayangkan klip video "sajak kematian" untuk tatapan para pelajar. Tindakan menayangkan klip tersebut dikatakan tidak wajar, kerana faktor umur yang tak sesuai, tidak sepatutnya ditayangkan sebab akan rosak akidah dan sebagainya.

Maka ada jugak lah ibubapa yang merungut mengatakan tindakan menayangkan video tersebut tidak wajar, dan boleh memesongkan akidah pelajar-pelajar.

Sekarang ini apakah isu sebenarnya?...mengapa klip video tersebut mengundang masalah bagi kementerian pelajaran sehingga memaksa pihak kementerian membuat ulasan terhadap hal tersebut???

Pernah dua tahun yang lepas, kawan-kawan dari PMIUM telah membuat satu pentomen berlatarbelakangkan video tersebut. Memang cukup menakutkan, gerun, membuatkan bulu roma menegak tak tentu pasal. Tapi yang baiknya selepas itu, timbul rasa insaf dan takut terhadap apa yang diperlihatkan, walaupun video tersebut menyebut tentang alam ghaib, alam barzakh, tapi kesan penyampaian dari video tersebut melekat di hati.

Bukanlah nak kata bahawa video itu betul 100%, tapi paling tidak ianya memberi kesan terhadap jiwa manusia yang pada hari ini kebanyakkan tidak takut dengan azab Tuhan.

Jadi soalnya sekarang, tindakan pihak sekolah menayangkan video tersebut tidak boleh dihukum salah, bahkan ianya dilihat sekadar satu pendekatan untuk menyedarkan pelajar. Mungkin ada baiknya, mungkin tidak. Tetapi selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Quran dan Sunnah, maka tidak ada yang perlu dipersoalkan.

Cumanya, kementerian pelajaran perlulah menyediakan satu mekanisme dan pendekatan yang terbaik untuk pelajar, apatah lagi pelajar hari ini banyak yang kurang disiplin, kurang akhlak, tak ambil berat tentang solat, melawan guru dan ibubapa. Maka perlu pada pendekatan yang rasional, yang lebih menyentuh jiwa dan rohani pelajar, agar mereka lebih berdisiplin terhadap peraturan sekolah, dan lebih-lebih lagi berdisiplin terhadap "TuhanNya".

klik untuk lihat video "sajak kematian".
http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y

selamat menempuh peperiksaan..('',)


assalamualaikum...

sahabat2...selamat menempuh peperiksaan
semoga berjaya menempah kejayaan..

iallah, teruskan perjuangan dan teruskan usaha....
lastly, jgn lupa kebergantungan kita dengan Allah s.w.t...
moga kita sentiasa dalam rahmatNya iallah....

wasalam..

Makkah Tahun 2010